fbpx

Anggota APM melecur teruk dalam operasi menyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Mohd. Syafiq yang melecur teruk semasa cuba menyelamatkan kanak-kanak yang rentung dalam kebakaran di Lorong 16, RPR Batu Kawa, Isnin lalu.

KUCHING – Seorang anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak kini bertarung nyawa akibat melecur teruk semasa cuba menyelamatkan kanak-kanak berusia enam tahun yang rentung dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah di Lorong 16, RPR Batu Kawa pada Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak Lt. Kol. (PA) Raja Muhammad Alhakim Raja Jaafar@Raja Yaakub berkata Pbt(PA) Mohd. Syafiq Ali Hanafiah yang berusia 36 tahun kini ditidurkan disebabkan mengalami kelecuran 75 peratus pada anggota badan.

“Beliau telah dimasukkan ke Zon Merah, Hospital Umum Sarawak dan telah ditidurkan.

“Setakat ini, beliau telah menjalani dua pembedahan disebabkan mengalami melecur yang teruk semasa cuba menyelamat mangsa sebuah rumah yang mengalami kebakaran di Batu Kawa,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menurutnya, Mohd. Syafiq merupakan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) Sarikei, namun sekarang bekerja di Kuching dan tinggal bersama ibunya.

Muhammad Alhakim berkata, semasa kejadian, beliau sedang bekerja di sebuah rumah dan mendapati rumah berdekatan mengalami kebakaran.

“Beliau mencuba untuk menyelamat mangsa kanak-kanak yang berusia enam tahun, namun gagal dan beliau sendiri mengalami kecederaan yang teruk,” katanya.

Justeru, beliau meminta agar orang ramai bersama-sama mendoakan kesembuhan Mohd Syafiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI