fbpx

Semua gerakan politik perlu libatkan Pas sebagai ‘king maker’ – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa semua gerakan politik di negara ini perlu melibatkan Pas yang disifatkannya sebagai ‘king maker’.

Menurut Muhammad Sanusi, sebarang gerakan termasuk dalam agenda penyatuan ummah yang dibuat tanpa penglibatan Pas tidak akan ke mana-mana.

“Saya rasa kalau tidak libatkan Pas secara serius, ia tidak akan ke mana-mana. Semua gerakan politik di Malaysia pada hari ini mesti melibatkan Pas, ‘king maker’,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat.

Sementara itu, kata Muhammad Sanusi, penyatuan ummah dalam Muafakat Nasional (MN) yang hanya melibatkan UMNO dan Pas sebelum ini bukanlah matlamat sebenar agenda penyatuan tersebut.

“Dia (Ahmad Zahid) sendiri pun banyak muslihat, masa Muafakat Nasional ditubuhkan dia bercuti, (apabila) sudah nampak Datuk Seri Mohamad Hasan berupaya memimpin UMNO mengadakan Muafakat Nasional dengan Pas, dia keluar daripada cuti dan ambil balik.

“Selepas itu mulalah berlaku ‘maneuver’ yang hanya mengikat perpaduan ummah itu antara Pas dengan UMNO. Saya rasa itu bukan hasrat sebenar perpaduan ummah dalam Muafakat Nasional tetapi Zahid kembali daripada cuti untuk pastikan hanya berlaku Pas dan UMNO, menolak Bersatu,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI