fbpx

Penduduk kecoh lihat singa berkeliaran di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor singa betina berkeliaran di sebatang jalan raya di Karachi semalam. - Free Press Journal

KARACHI, Pakistan – Seekor singa betina dilihat berkeliaran di jalan raya bandar Karachi, Pakistan, berhampiran sebuah apartmen semalam, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penduduk tempatan, lapor laman berita Wion News.

Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan orang ramai berlari mencari perlindungan apabila ternampak haiwan itu di kawasan Shahrea Faisal berhampiran Kolej Aisha Bawany.

Singa tersebut juga dikatakan menyerang seorang lelaki tetapi dia tidak mengalami kecederaan. Ia juga melakukan perbuatan sama kepada  individu lain seperti yang dipaparkan menerusi satu lagi rakaman video.

Menurut polis, singa betina itu ialah haiwan peliharaan penduduk. Ia melarikan diri dari kurungan ketika dibawa menaiki sebuah kenderaan untuk menerima rawatan perubatan.

Selepas laporan mengenai haiwan itu muncul, anggota Jabatan Hidupan Liar bergegas ke tempat kejadian, manakala polis turut tiba dengan pasukan yang besar.

Pihak berkuasa juga menghadapi kesukaran untuk menangkap singa itu kerana ia melarikan diri dari mereka.

Sebelum ia berjaya ditangkap, singa tersebut bersembunyi di bawah ruang bawah tanah sebuah bangunan komersial.

Pihak berkuasa mengambil masa lebih sejam untuk menjinakkan haiwan tersebut sebelum memasukkannya ke dalam kurungan dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar.

Seorang pegawai polis tempatan, Siraz Nazir berkata: “Pemilik singa itu telah ditahan dan satu kes akan difailkan ke atasnya”. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI