fbpx

Mahkamah: Anggota FRU didakwa rompak gelang tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khuzairi (dua dari kanan) dihadapkan atas pertuduhan merompak gelang emas di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Khuzairi Shaari, 43, membuat pengakuan tidak bersalah dan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berpangkat lans koperal didakwa melakukan rompakan ke atas gelang tangan emas milik seorang pengusaha kedai runcit.

Mohd. Khuzairi didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan di Kampung Tok Bintang, Kuala Berang, Hulu Terengganu antara pukul 9.45 sehingga 10.30 malam, 23 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim Ayim manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Hayatuddin Muhammad.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 2 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI