fbpx

Bandar Raya New York benarkan azan dilaung pada Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH bersolat di sebuah masjid di Brooklyn, Bandar Raya New York pada 3 November 2017. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Datuk Bandar, Bandar New York, Eric Adams mengumumkan bahawa umat Islam di bandar itu kini dibenarkan melaungkan azan pada setiap hari Jumaat dan sepanjang bulan Ramadan, lapor agensi berita Anadolu Agency kelmarin.

“Sudah terlalu lama terdapat kekeliruan bahawa komuniti Islam (Bandar Raya New York) tidak dibenarkan melaungkan azan.

“Hari ini, kami mengatasi birokrasi dan menyatakan dengan jelas bahawa masjid dan rumah ibadat bebas melaungkan azan pada hari Jumaat dan bulan Ramadan tanpa perlu meminta permit.

“Anda bebas mengamalkan kepercayaan anda di Bandar Raya New York kerana di bawah undang-undang, kita semua berhak mendapat layanan sama,” kata Adams dalam satu sidang akhbar kelmarin.

Di bawah peraturan baharu, masjid di bandar raya itu boleh melaungkan azan setiap Jumaat antara pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang serta sebelum berbuka puasa semasa bulan Ramadan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI