fbpx

PayNet meterai MoU dengan Ant Group perluas perkhidmatan pembayaran digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan Ant Group dan juga PayNet bergambar kenangan pada majlis pemeteraian MoU di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Ant Group bertujuan untuk membolehkan lebih ramai pengembara Asia ke Malaysia menikmati pengalaman pembayaran digital yang lancar di lebih 1.8 juta rakan niaga di seluruh negara.

Melalui kerjasama itu juga akan membolehkan  penduduk Malaysia akan dapat membayar dengan e-dompet negara asal mereka di luar negara.

Menjelang akhir tahun ini, pengguna lima e-dompet Asia yang terkemuka, termasuk AlipayHK (Hong Kong SAR), GCash (Filipina), Kakao Pay (Korea Selatan) dan TrueMoney (Thailand), akan dapat menikmati pembayaran tanpa tunai menerusi Alipay+ apabila berkunjung ke Malaysia, dengan mengimbas QR DuitNow. 

Alipay+ merupakan penyelesaian pembayaran dan pemasaran digital rentas sempadan global yang dikendalikan oleh Ant Group.

.DuitNow QR merupakan Piawaian QR Kebangsaan Malaysia dikendalikan oleh PayNet, yang membolehkan rakan niaga menerima pembayaran daripada pelanggan daripada pelbagai bank dan pengendali e-dompet yang terlibat menerusi satu kod QR universal.

Ketua Pegawai Komersial PayNet, Gary Yeoh berkata, jalinan kerjasama antara PayNet dan Alipay+ bertepatan dengan waktunya kerana perjalanan dan pelancongan luar negara bukan sahaja telah kembali sepenuhnya, malah semakin meningkat. 

Menurut beliau, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara yang sudah biasa dengan pembayaran digital, mengharapkan pengalaman yang sama lancar dan mudah apabila berkunjung ke luar negara. 

“Mereka juga mengharapkan ini dijalankan pada kadar pertukaran yang kompetitif. Justeru, kerjasama ini akan memenuhi kedua-dua keperluan ini. Memandangkan Malaysia telah lama menjadi destinasi kegemaran dan popular dalam kalangan pelancong Asia dan begitu juga sebaliknya, kerjasama ini dijangka memacu pertumbuhan perdagangan lebih tinggi antara negara-negara jiran. 

“Kita sememangnya sedang menyaksikan pertumbuhan pesat dalam pembayaran antarabangsa yang lancar secara besar-besaran, yang lebih awal daripada dijangka.

“Cuma tunggu masa sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kerjasama itu terjalin di tengah-tengah pemulihan perjalanan ke Malaysia, dengan 4.5 juta ketibaan pelancong pada suku pertama 2023, yang kebanyakannya datang dari negara ASEAN. 

Malaysia dijangka mencapai sasaran 16.1 juta ketibaan pelancong pada 2023 dan menjana lebih RM49 bilion hasil pelancongan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI