fbpx

Dua individu termasuk Tun Mahathir disiasat Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah menjalankan siasatan dan merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua lagi individu, hari ini.

Siasatan dibuat ekoran kenyataan beliau yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Institusi Diraja yang disiarkan sebuah portal akhbar, 6 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, keterangan Mahathir telah dirakam oleh pihak polis bersama dua individu yang lain.

“Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

Tegas beliau, pihaknya turut menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI