fbpx

Siasat, kumpul maklumat pengikut Si Hulk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengakuan pengikut Si Hulk yang dimuat naik di Facebook.

SHAH ALAM – Siasatan lanjut terhadap ajaran sesat, Si Hulk, tetap diteruskan walaupun video pengikut-pengikut ajaran tersebut kebanyakan berada di luar negara ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, maklumat berhubung pengikut-pengikut ajaran tersebut sedang dikumpul sebanyak mungkin.

“Mereka ini walaupun membuat kenyataan melalui video, kebanyakannya tiada di dalam negara. Mereka apabila berada di negara luar tidak jauh di negara kita, baru mereka mengeluarkan video.

“Jadi bila kita cuba hendak cari untuk mendapat maklumat lanjut mereka yang tiada dalam negara ini,”katanya pada program Ziarah Merdeka di bangunan MAIS di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Abdul Aziz menegaskan pihaknya mendapati ajaran berkenaan adalah sesat.

“Justeru, kita serahkan kepada pihak polis (termasuk mengesan saki baki pengikut Si Hulk yang berada dalam negara ini bersama pihak berkuasa agama negeri ini),” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI