fbpx

Semangat lemah, takut kalah punca segelintir pemimpin Pas masuk Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HADI berucap ketika hadir pada hari pertama kempen PRK DUN Simpang Jeram, Markas Pas Bakri, Muar malam tadi.

MUAR – Tindakan segelintir pemimpin Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) adalah kerana takut untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, terdapat dalam kalangan ahli serta pemimpin Pas yang lemah semangat dan sayang nak tinggalkan DAP selain takut tidak memperolehi kemenangan dalam pilihan raya.

Katanya, yang takut tak menang itu yang masuk parti Amanah ini dan yang ikut parti Amanah ini (adalah) kerana nak menang pilihan raya hingga sanggup meninggalkan prinsip dasar perjuangan (Pas),” katanya.

Sebelum itu, kejadian Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan pada hari pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Markas Pas Bakri malam tadi.

Kehadiran Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyemarakkan lagi suasana sambil diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada kira-kira 1,000 penyokong.

Berucap pada ceramah itu, Hadi mendakwa tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.

Penamaan calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram berlangsung pagi semalam menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), PN dan Bebas.

PN mempertaruhkan, Dr. Mazri dicalonkan di DUN Simpang Jeram dan Zulkifli Jaafar bagi calon Parlimen Pulai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI