fbpx

LBS perkenal ‘LBS Perks and Plusses’ beri ganjaran kepada pembeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock San (kiri) bersama Hock Guan (kanan) ketika gimik pelancaran pada majlis 'LBS Perks and Plusses' di Galeri Jualan KITA@Cybersouth, hari ini.

CYBERJAYA – Pemaju perumahan terkenal LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan inisiatif baharu iaitu ‘LBS Perks and Plusses’ bagi memberikan faedah dan ganjaran tiada tandingan dan berterusan kepada pembeli hartanahnya.

‘LBS Perks and Plusses’ ini diperkenalkan dan dipertingkatkan dengan mengutamakan penglibatan pelanggan ke tahap yang lebih tinggi.

Melalui program ‘LBS Perks and Plusses’ LBS berhasrat untuk merevolusikan pengalaman pemilikan rumah dengan memberikan faedah, kemudahan dan ganjaran menarik kepada para pelanggannya yang dihargai.

Ganjaran ini termasuk pembelian awal di samping menekankan konsep penghargaan kepada setiap pelanggan di dalam proses pemilikan rumah mereka.

LBS juga berpeluang bekerjasama dengan 26 rakan kongsi ternama menawarkan variasi produk dan perkhidmatan antaranya syarikat Acson, Brynton Hotel, Bright Empire Hotpot, Blanc Dental, Coway, Columbia Asia Hospital, D’Marina Marketing, Decathlon, Everybody Electrical, Gintell, Goodnite International, Hypergear.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, di LBS, pihaknya memahami kepentingan kesetiaan pelanggan dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan mendorong syarikat mencipta ruang kediaman yang luar biasa sambil meningkatkan gaya hidup.

Hock San (bawah, tengah) bergambar bersama rakan strategik pada majlis pelancaran ‘LBS Perks and Plusses’ di Galeri Jualan KITA@Cybersouth, hari ini.

“Dengan ‘LBS Perks and Plusses’ kami berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan pembeli rumah di samping menawarkan pelbagai kelebihan eksklusif dan insentif yang unik.

“LBS beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada bandingannya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ‘LBS Perks and Plusses’ di Galeri Jualan KITA@Cybersouth di sini hari ini.

Jelasnya, menerusi program ini, pelanggan setia LBS akan menerima pelbagai manfaat daripada saluran sokongan khusus menangani pertanyaan dan persoalan dengan segera.

“Ini mencerminkan komitmen LBS untuk membina hubungan yang berkekalan dan menawarkan nilai hebat kepada mereka yang selama ini telah menyokong perjalanan syarikat,” katanya.

Katanya, sebagai tanda penghargaan, peserta program ini akan memperoleh pelbagai keistimewaan, program rujukan, rebat tunai untuk pembelian rumah kedua, keutamaan akses kepada pelancaran projek baharu, penyenaraian hartanah eksklusif serta jemputan ke acara-acara berkaitan.

“Selain itu, pembeli rumah juga berpeluang untuk menyertai kempen LBS Fabulous Extra 2022-23, dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM1.5 juta.

“Tekad untuk mewujudkan penanda aras baharu dalam kepuasan pelanggan, cita-cita LBS adalah mudah tetapi mendalam, iaitu untuk membina hubungan jangka panjang dengan para pelanggan di samping menjamin perjalanan pembelian rumah mereka sebagai pengalaman yang luar biasa.

“Keahlian ‘LBS Perks and Plusses’ merupakan pelengkap kepada mana-mana pembeli individu atau korporat yang telah membeli hartanah LBS dan anak-anak syarikatnya dengan harga pembelian minimum RM150,000,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan berkata, melalui program ini menggambarkan bahawa LBS mengetengahkan situasi menang-menang antara pelanggan dan syarikat bagi memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.

“Mereka (pembeli), mahu lebih banyak program seumpama ini, jadi kita berusaha memberikan yang terbaik untuk menarik lebih ramai rakan kongsi ke program seperti ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI