fbpx

Mulut pelanggan tertusuk kaki tikus ketika hirup sup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Howie menemui kaki tikus ketika menikmati hidangan sup di restoran Olive Garden. - CBS Detroit

LANSING, MICHIGAN – Sebuah restoran di negeri Michigan berdepan tuntuan mahkamah selepas seorang lelaki menemui kaki tikus di dalam sup yang dihidangkan, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Thomas Howie, 54, berkata, dia bersama beberapa rakannya sedang makan di restoran Olive Garden sekitar pukul 6 hingga 6.30 petang (waktu tempatan) 11 Mac lalu apabila merasakan sesuatu tidak kena dengan makanannya.

“Saya merasa sesuatu menusuk mulut dan andaian pertama saya ia adalah jarum,” katanya sambil menambah, benda asing itu tertusuk pada bahagian pipi di dalam mulutnya. 

Howie terkejut ketika mengeluarkan objek tersebut apabila mendapati ia sebenarnya adalah kaki tikus yang masih lengkap berbulu dan bercakar.

Apabila rakannya memanggil pengurus, salah seorang daripada mereka tidak pasti apa yang perlu dilakukan dan ingin membantu membuang kaki tikus tersebut.

Howie kemudian melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Polis Warren dan mengunjungi pusat perubatan.

“Saya berjumpa doktor dan segera mendapatkan suntikan tetanus serta beberapa ubat kumur antibiotik,” katanya.

Peguam yang mewakili Howie, Daniel Gwinn berkata, pihaknya terpaksa memfailkan tuntutan mahkamah selepas percubaan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah gagal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI