fbpx

EPL: Manchester United perlu dua lagi pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu memperkemaskan bahagian tengah mereka untuk menjadikan benteng mereka lebih kukuh dan memudahkan bahagian serangan memburu jaringan. - AFP

MANCHESTER – Pengkritik bola sepak England, Robbie Savage percaya bahawa Manchester United perlu berusaha untuk mendapatkan khidmat dua lagi pemain sebelum jendela perpindahan ditutup hujung bulan ini sekiranya mahu membentuk pasukan yang mantap.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu sudah mengeluarkan dana sabanyak £172 juta (RM1.01 bilion) untuk mendapatkan beberapa pemain, namun memerlukan tambahan pemain di bahagian tengah bertahan serta serangan.

Menurutnya, berbaki seminggu sahaja lagi sebelum pasaran berakhir, keutamaan United adalah untuk mendapatkan pemain yang mampu beraksi bersama Casemiro kerana Scott Mctominay dianggap tidak mampu melakukan tugas tersebut.

“Pada saya mereka perlu mendapatkan pemain tengah dengan mentaliti bertahan yang mampu memenangi bola di kawasan berhampiran kotak penalti dan bermain bersama Casemiro kerana McTominay tidak mampu, tetapi dia masih seorang pemain yang baik.

“Saya fikir, Sofyan Amrabat yang dikaitkan ketika ini adalah calon yang baik. Dia memiliki mentaliti sebegitu, mampu memenangi bola, menguasai kawasan dan melakukan hantaran dengan baik. Bagus jika dia dapat digandingkan bersama Casemiro,” jelasnya.

Savage juga berpendapat bahawa United perlu mendapatkan seorang lagi pemain penyerang biarpun sudah berjaya memiliki Rasmus Hojlund yang masih muda dan belum teruji kemampuan sebenarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI