fbpx

Sagu hati RM1,000 kenang jasa 87 pekerja JKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri ketika menyantuni waris kepada 87 pekerja JKR di Grik, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, telah mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM1,000 kepada 87 keluarga pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dengan pembinaan Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) pada 1970.

Menurut beliau, banyak nyawa yang terkorban ketika pembinaan laluan tersebut akibat serangan pengganas komunis selain kemalangan sewaktu kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

“Sewaktu hadir pelancaran Kempen MYJalan dan Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT04), saya berkesempatan menyantuni waris korban serangan hendap komunis sewaktu pembinaan Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) pada 1970.

“Saya dimaklumkan banyak nyawa telah terkorban akibat serangan pengganas komunis dan kemalangan sewaktu kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

“Kegalauan sewaktu kerja-kerja pembinaan itu pastinya menimbulkan memori silam pahit yang tercatat dalam sejarah negara hatta memberi kesan kepada waris-waris yang terkorban.

“Dikesempatan yang ada, saya umum pemberian sagu hati sebanyak RM1,000 kepada 87 keluarga pekerja JKR yang terlibat dengan pembinaan tersebut sebagai simbolik menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan,” jelas beliau.

Terdahulu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi tujuan penambahbaikan serta penyelenggaraan Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli).

Penambahan itu sekali gus menjadikan peruntukan bagi tujuan baik pulih jalan raya berkenaan meningkat kepada RM75 juta selepas RM45.676 juta telah diluluskan, tahun ini.

Perdana Menteri berkata, biarpun peruntukan bagi kerja-kerja membaiki jalan raya tersebut begitu tinggi, beliau akan mengkajinya dalam Belanjawan Madani kedua pada Oktober depan.

“Tetapi hari ini, saya boleh luluskan tambahan RM30 juta lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI