fbpx

Program berasaskan al-Quran akan terus diimarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im.

KUALA LUMPUR – Program-program penghayatan al-Quran seperti Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa yang sudah memasuki edisi kali ke-63, akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, program pembangunan insaniah berteraskan al-Quran akan sentiasa diimarah serta diperkasakan demi kepentingan umat Islam.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan agenda membangun Malaysia Madani bagi membentuk kesejahteraan masyarakat yang menjadi nilai teras masyarakat Madani.

“Al-Quran telah membentangkan pelbagai formula rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara. Memupuk perpaduan dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama tidak mudah. Namun, ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Manjlis Penutupan dan Pengurnian Hadiah, Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 1445H/2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Terdahulu dalam majlis tersebut, qari dari Malaysia, Mohammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan bagi kategori Tilawah al-Quran manakala Ali Reza Bizhaniavval dari Iran ditempat kedua dan Awang Zulhafiz Awang Tengah (Brunei) ketiga.

Bagi kategori qariah pula, Sarah Belmamoun dari Maghribi dinobat sebagai juara, tempat kedua disandang Rauddah Supian (Indonesia) dan ketiga, Sabaha Pato Salik (Filipina).

Manakala bagi kategori hafazan al-Quran, hafiz dari Guine, Omar Toure menjadi johan, tempat kedua disandang Maamon Ahmed Raweh (Yaman) dan Ali Attiah Ibrahim (Chad) di tangga ketiga.

Sementara itu, bagi kategori wanita, hafizah dari Algeria iaitu Tebani Cheyma Enfal berjaya berada di tempat pertama, Ndeye Seynabaou (Senegal) kedua dan Sidi El Moctar (Mauritania). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI