fbpx

10 ADUN angkat sumpah sebagai Exco Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan 10 Adun di Negeri Sembilan termasuk Menteri Besar merakamkan kenangan selepas mengangkat sumpah sebagai Exco di Istana Besar Seri Menanti, hari ini. Foto oleh JABATAN PENERANGAN NEGERI SEMBILAN

KUALA PILAH – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mulai pukul 10 pagi tadi.

Majlis tersebut dimulakan dengan angkat sumpah oleh ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias sebagai Exco Kanan; ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Pilah, Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim; ADUN Sri Menanti, Datuk Ismail Lasim dan ADUN Nilai, Arul Kumar.

Lima lagi Exco ialah ADUN Palong; Mustapha Nagoor; ADUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon; ADUN Repah, S Veerapan; ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli dan ADUN Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Dari segi pembahagian mengikut parti, Barisan Nasional memiliki empat Exco, diikuti empat daripada DAP serta dua orang PKR.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang berjaya mencapai sasaran 30 peratus penyertaan golongan wanita dalam pentadbiran kerajaan negeri, selain pertama kali juga melantik secara rasmi Exco Kanan.

“Ini adalah pencapaian yang kita tak sangka yang mana kita telah melepasi sasaran 30 peratus penyerataan wanita dalam pentadbiran. Ini pertama kali dalam mesyuarat Kerajaan Negeri ada tiga wanita sekali dalam mesyuarat.

“Ini merupakan sesuatu yang baik yang harus menjadi satu tauladan pada yang lain,” katanya.

Beliau ketika ditanya mengenai portfolio yang bakal dipegang oleh 10 Exco yang mengangkat sumpah menyatakan butiran tersebut hanya akan dikongsikan selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Negeri Sembilan pertama bagi penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Negeri pukul 3.30 petang ini.

Dalam PRN baru-baru ini, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN menawarkan 70 inisiatif di bawah 10 teras utama dalam manifestonya untuk rakyat Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI