fbpx

Pegang 100 portfolio pun, gaji saya banyak itu juga – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika berada di Pejabat Menteri Besar bagi memulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu setelah mengangkat sumpah jawatan di Wisma Darul Aman pada 14 Ogos lalu. - GAMBAR SHAHIR NOORDIN

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan tiada sebarang pertambahan pada gaji beliau meskipun memegang lapan portfolio dalam barisan pentadbiran negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) perlu memegang lebih daripada satu portfolio selaras dengan tugas di peringkat Persekutuan.

“Di peringkat Persekutuan, menteri Kabinet ada 28 orang. Seorang menteri pegang dua atau tiga portfolio menjadikan lebih 50 portfolio. Apabila 50 lebih itu nak diturunkan ke negeri untuk diselaraskan, setiap Exco kena pegang banyak termasuk Menteri Besar.

“Ada anggapan sesetengah pihak, apabila kita pegang banyak (portfolio), banyak gaji. Itu tak betul, gaji (sama juga).Kalau saya pegang 100 portfolio pun, gaji saya banyak itu juga. Bukan nak kumpul jawatan, tetapi kerana struktur (pentadbiran) di pusat begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyurat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang pertama di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Dalam pada itu, Muhamad Sanusi berkata, pentadbirannya juga memperkenalkan portfolio baharu bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa.

“Sebagai contoh, sebelum ini tiada portfolio hubungan luar, dan sekarang dimasukkan untuk kita beri fokus.

“Jadi bila kita ada banyak jawatan dan tanggungjawab sebenarnya itu beban kepada individu tersebut dan bukanlah satu nikmat,” ujarnya.

Selain jawatan Menteri Besar, Muhammad Sanusi turut memegang portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI