fbpx

Sukuk Sime Darby Property RM600 juta terlebih langganan 8 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukuk Sime Darby Property terlebih langganan menunjukkan keyakinan pelabur terhadap portfolio pelaburan syarikat tersebut. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah berjaya melengkapkan terbitan Sukuk kedua di bawah Program Sukuk Musharakah dengan nilai nominal sebanyak RM600 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, terbitan tersebut telah menarik perhatian pelbagai kumpulan pelabur berpendapatan tetap dan berkaliber tinggi, lebihan langganan lebih daripada lapan kali  serta kutipan buku pesanan bernilai lebih daripada RM4.8 bilion. 

Menurut beliau, sebanyak RM200 juta daripada terbitan sukuk telah ditetapkan sebagai Sukuk Pelaburan Mampan, selari dengan Skim Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SKI) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Skim SRI) dan/atau Piawaian Bon Lestari ASEAN yang dikeluarkan oleh ASEAN Capital Markets Forum (Piawaian Bon Lestari ASEAN).

Minat daripada pelabur kekal sepanjang proses pembinaan buku dengan pengetatan harga sebanyak lima hingga 12 mata asas merentasi tawaran sukuk tiga tahun, lima  tahun dan tujuh tahun dengan kadar keuntungan akhir sebanyak 4.08 peratus setahun, 4.14 peratus setahun dan 4.28 peratus setahun masing-masing. 

“Sime Darby Property komited dalam mengekalkan saluran kewangan yang teguh. 

“Program Sukuk Musharakah membuktikan komitmen ini dengan menyalurkan sumber untuk menyokong transformasi kami daripada pemaju hartanah tertumpu kepada perusahaan hartanah holistik yang selari dengan Matlamat Kelestarian 2030 Syarikat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Hasil daripada terbitan Sukuk Musharakah SRI Lestari ASEAN akan diuruskan mengikut kriteria yang ditetapkan di bawah Kerangka Sukuk Lestari Sime Darby Property dan Skim SRI dan Piawaian Bon Lestari ASEAN yang berkaitan. 

Rangka kerja ini menggariskan peruntukan hasil Sukuk yang mampan, penilaian projek yang layak, pengurusan dana yang teliti serta pelaburan impak yang telus.

Program Sukuk Musharakah Sime Darby Property telah diiktiraf dengan AA+IS serta tinjauan yang stabil oleh MARC Ratings Berhad. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI