fbpx

Portfolio Exco Selangor diketahui Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin melambaikan tangan kepada pihak media selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dengan diiringi isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Portfolio bagi 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor akan diketahui pada Rabu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemakluman tersebut akan dibuat pada tengah hari Rabu selepas mesyuarat Exco pertama negeri.

“Rabu nanti saya akan mengadakan mesyuarat Exco antara pukul 12 atau 1 tengah hari dan kemudiannya memaklumkan portfolio Exco.

“Portfolionya sudah ada tetapi biarlah majlis angkat sumpah (Exco) berlangsung (dulu). Jadi, rakan-rakan media dijemput (untuk membuat liputan pemakluman bidang tugas Exco hari rabu ),” katanya ketika ditemui di Istana Alam Shah, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua tersebut mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-17 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor memberitahu, barisan Exco tersebut akan mewakili semua parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Barisan Nasional.

Ujarnya, gabungan perpaduan ini berjaya melepasi ujian pertama dalam Pilihan Raya walaupun masih gagal mendapat dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Namun, kita masih mempunyai kelebihan 12 kerusi berbanding dengan pihak lawan dan kita dapat mengukuhkannya pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, tular senarai barisan Exco yang akan mengangkat sumpah petang ini dengan tujuh muka baharu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI