fbpx

Bellingham mula tunjuk impak hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM meledak dua gol buat Real menewaskan Almeria 3-1 pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

ALMERIA – Jeneral tengah Real Madrid, Jude Bellingham sekali lagi muncul wira buat pasukan baharunya itu apabila meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Almeria pada aksi La Liga di Stadium Power Horse awal pagi semalam.

Ia adalah jaringan ketiganya daripada dua aksi La Liga selepas berhijrah menyertai Los Blancos daripada Borussia Dortmund dengan harga €103 juta (RM521.93 juta) yang mampu meningkat sehingga €133.9 juta (RM678.51 juta) pada Jun lalu.

Kecemerlangan bintang muda England berusia 20 tahun itu membolehkan Real mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus walaupun kehilangan khidmat Karim Benzema yang berhijrah menyertai Al-Hilal di Arab Saudi musim ini.

“Saya dapat merasakan tahap saya sekarang 10 kali lebih bagus daripada musim lalu. Saya gembira dan selesa bersama rakan sepasukan kerana setiap hari saya mempelajari banyak perkara baharu.

“Persaingan di La Liga sangat tinggi, oleh sebab itu saya mahu bermula dengan sempurna musim ini. Namun, ia masih bukan jaminan kerana saya perlu tingkatkan lagi usaha,” kata Bel­lingham.

Almeria terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Sergio Arribas sebelum dua gol Bellingham pada minit ke-19 dan 60 membolehkan Real mendahului 2-1.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu mengesahkan kemenangan selepas Vinicius Junior meledak gol ketiga pada minit ke-73.
Selepas ini, Real akan berkunjung ke Stadium Balaidos untuk perlawanan ketiga La Liga menentang Celta Vigo pada Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI