fbpx

Tuah Liyana jadi graduan sejuta UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (dua kiri) menyerahkan Sijil Khas Penganugerahan kepada Nur Liyana Athirah Izani (empat kiri) yang menerima skrol ke satu juta pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97 di Dewan Agong Tuanku Canselor hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SHAH ALAM – Tuah kepada seorang graduan Diploma Sains Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila menjadi penerima skrol ke sejuta bagi universiti tersebut, hari ini.

Menurut Nur Liyana Athirah Izani Sulaiman, 22, yang merupakan pelajar kampus UiTM Arau Perlis, penerimaan segulung diploma itu adalah sangat istimewa setelah tiga tahun menuntut ilmu seperti graduan yang lain.

“Saya tidak tahu langsung akan diumumkan sebagai penerima skrol ke sejuta pada majlis hari ini. Saya cuma rasa gugup sejak mula datang ke sini pagi tadi.

“Memang ada pengacara bagi tahu tentang penerima sejuta sepanjang istiadat konvokesyen tetapi tidak sangka saya yang akan dapat,”katanya.

Nur Liyana berkata demikian kepada pemberita selepas menerima skrol ke sejuta pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini hari ini.

Pada majlis tersebut juga wakil Malaysia Book Of Records (MBOR), Siti Nurhanim Mohd. Noh turut menyampaikan sijil pengiktirafan Satu Juta Skrol kepada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor.

Lebih mengujakan apabila Nur Liyana dari Bachok, Kelantan menerima sebuah motosikal daripada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) bernilai RM5,397.

Selain itu, dia juga menerima hadiah cermin mata daripada La Calisto Sdn. Bhd.,penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka dan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta yuran percuma untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah di UiTM.

Sementara itu, Roziah berkata, majlis tersebut merupakan simbolik bahawa Institut Teknologi Mara (ITM) atau UiTM telah berjaya menyempurnakan misi penubuhannya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

“Ia boleh dianggap sebagai hadiah sempena menyambut hari ulang tahun UiTM yang ke-24 pada 26 Ogos ini. Saya juga berbangga kerana menerima anugerah ini menjelang persaraan saya tidak lama lagi.

“Semoga pencapaian ini, menjadi pembakar semangat kepada semua warga UiTM untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti yang dikenali dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI