fbpx

Malaysia sasar kemasukan 3.2 juta pelancong Muslim tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Firdaus (kiri) menerima cenderamata dari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) di majlis pelancaran Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023) di Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan menyasarkan kemasukan 3.2 juta pelancong Muslim daripada sasaran keseluruhan 16.1 juta pelancong ke negara ini pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, kerajaan akan memberi tumpuan bagi mempromosikan Pusat Pelancongan Islam (ITC) khusus buat negara Islam minoriti.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dan kita akan banyak mempromosikan ITC ini kepada negera Islam minoriti agar mereka dapat merasai kehidupan di negara yang majoriti penduduknya Islam.

“Kita sasarkan sebanyak 20 peratus daripada 16.1 juta pelancong ini merupakan pelancong Muslim,” katanya pada sidang akhbar Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023) di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan yakin jumlah pelancong asing yang akan memasuki negara akan melebihi sasaran 16.1 juta orang terutamanya pelancong Muslim kerana Malaysia adalah perintis kepada Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) selain majoriti penduduknya beragama Islam.

“Hasrat itu mampu dicapai sekiranya pemain industri pelancongan Muslim ini memainkan peranan masing-masing secara kolektif dan holistik selain peranan yang dimainkan oleh ITC.

“Pelancong Muslim merupakan pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan dan itu sebabnya kita tekankan mengenai MFTH agar pemain tempatan dapat memperluaskan lagi tawaran sebagai salah satu nilai tambah industri pelancongan Islam dalam negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI