fbpx
Ramai warga China sedang menanti peluang untuk berkunjung ke Malaysia untuk melancong kerana pintu sempadannya masih belum dibuka sepenuhnya. –Gambar hiasan

Lebih promosi untuk tarik pelancongan mesra Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu berbelanja lebih banyak untuk melakukan promosi di pelbagai negara luar bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai negara yang mesra Muslim.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Nigel Wong berkata, tarikan yang ada di negara ini dilihat sesuai untuk semua jenis kumpulan pelancong dan daya tarik Malaysia sebagai destinasi yang mesra Muslim perlu dipromosikan secara lebih aktif.

“Baru-baru ini, kami telah mengikuti perbincangan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tentang permintaan industri untuk bajet negara tahun depan.

“Antara permintaan Matta adalah peruntukan untuk promosi pelancongan perlu dinaikkan sekurang-kurangnya tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah yang disediakan untuk tahun ini untuk lebih aktif mempromosikan negara ini.

“Tahun ini sejumlah RM250 juta diperuntukkan, tetapi kita memerlukan sekurang-kurang­nya RM750 juta tahun depan untuk bersaing dengan negara jiran terdekat seperti Thailand dan Singapura.

“Antaranya menerusi pemberian geran padanan untuk membantu pelbagai acara mempromosikan pelbagai tarikan di negara ini,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut Nigel, antara destinasi popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk keluar melancong buat masa ini adalah di negara ASEAN disebabkan kedudukannya yang lebih dekat.

“Ramai yang ingin kembali mengunjungi negara China, namun negara tersebut belum dibuka sepenuhnya jadi mereka perlu memi­lih destinasi lain. Ramai juga yang memilih untuk ke Eropah.

“Pada masa sama, Malaysia masih menjadi pilihan untuk destinasi pelancongan dalam kalangan warga China, berdasarkan maklum balas rakan-rakan, ramai antara mereka yang sedang menantikan peluang untuk terbang keluar ke sini.

“Buat masa ini, bilangan warga China yang boleh keluar negara adalah terhad, namun bilangan mereka akan meningkat selari dengan pemulihan negara tersebut,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN