fbpx

[VIDEO] Polis kejar kereta 1km langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian polis mengejar pesalah trafik tersebut.

KUALA LANGAT – Gara-gara panik selepas melanggar lampu isyarat membuatkan seorang lelaki sanggup membahayakan empat ahli keluarganya dengan memecut kereta dipandunya sejauh satu kilometer sebelum ditahan polis, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 malam dengan kereta jenis Toyota Vios tersebut berjaya ditahan di Taman Perumahan Sijangkang Jaya di sini.

Insiden itu turut tular menerusi video berdurasi satu minit tujuh saat di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati kejadian dikatakan berlaku apabila anggota polis dari Unit kereta peronda (MPV) mengesan sebuah kereta telah melanggar lampu isyarat Batu 7, Sijangkang di Telok Panglima Garang.

Katanya, anggota MPV berkenaan kemudian telah mengarahkan supaya kenderaan tersebut berhenti.

“Bagaimanapun arahan itu tidak diendahkan dengan kereta tersebut terus memecut laju menyebabkan MPV mengejarnya.

“Proses mengejar itu adalah sejauh satu kilometer dengan memasuki kawasan taman perumahan Sijangkang Jaya sebelum penahanan dilakukan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pemeriksaan mendapati kereta itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun bersama isteri dan tiga anaknya.

Ujar Ahmad Ridhwan, hasil pemeriksaan juga menunjukkan tiada apa-apa barangan salah dan mencurigakan di kenderaan itu.

“Tindakan saman Pol 257 telah dikenakan kepada lelaki itu atas kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat yang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI