fbpx

Pasar mini paling sukar dikunjungi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai ini dibina pada ketinggian 120 meter di atas tanah dan terletak di tengah-tengah tebing. – X

BEIJING – Sebuah pasar mini di China menjadi perhatian pengguna media sosial kerana terletak di sebuah lereng, menyebabkan ia digelar ‘pasar mini paling menyukarkan di dunia’, lapor akhbar Daily Star.

Terletak di Taman Negara Geologi Shiniuzhai,  dalam wilayah Hunan, kedai tersebut dibina pada ketinggian 120 meter dari tanah dan terletak di tengah lereng.

Kedai kecil dibina daripada kayu itu membekalkan makanan yang memberikan nutrisi kepada pendaki ketika mereka mendaki bongkah gunung batu yang sukar itu.

Beberapa gambar yang dikongsikan di platform X baru-baru ini menunjukkan kedudukan kedai tersebut,  membuatkan ramai netizen terpegun.

“Di wilayah Hunan di China, pada ketinggian 120 meter di tepi lereng, terdapat sebuah kedai menjual makanan ringan dan minuman kepada pendaki.

“Pekerja kedai menambah stok barangan menggunakan zipline, bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan pemandangan menakjubkan,” demikian menurut hantaran  itu.

Hantaran tersebut  tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Hebat sekali! Adakah pekerja perlu mendaki setiap hari untuk pergi bekerja?” kata seorang pengguna.

“Ia sangat hebat! Satu cara inovatif untuk menggabungkan pemandangan menakjubkan dan kemudahan kepada pendaki,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI