fbpx

Isteri sekat suami di Instagram mati dicekik depan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat. - iStock Photo

NEW DELHI, India – Seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun di bandar Lucknow, negeri Uttar Pradesh mencekik isterinya hingga mati di hadapan dua anak mereka di dalam kereta, lapor laman berita Wion News.

Menurut polis, motif pembunuhan itu berpunca daripada pergaduhan disebabkan akaun Instagram mangsa.

Mangsa dilaporkan menyekat suaminya di platform itu, menyebabkan lelaki itu berburuk sangka.

Suspek percaya beberapa pengikut isterinya akan mengunjungi rumah mereka semasa ketiadaannya.

Semasa soal siasat, lelaki itu memberitahu bahawa dia meragui kesetiaan isterinya lalu membunuhnya.

Menurut polis, kejadian  berlaku pagi Ahad lalu ketika pasangan itu dan anak-anak mereka memulakan perjalanan ke Rae Bareli.

Bagaimanapun, daripada menggunakan laluan biasa, lelaki itu melencongkan keretanya ke Lebuh Raya Purvanchal.

Selepas pembunuhan itu, anak-anak mereka yang trauma menangis apabila tertuduh mengunci dirinya di dalam kereta.

“Pasangan itu tinggal di kawasan Para di Lucknow bersama anak perempuan mereka berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki berusia lima tahun,” kata polis.

Mayat wanita itu telah dihantar untuk bedah siasat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI