fbpx

Feri Pulau Pinang mungkin ada laluan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (tengah) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Feri Baharu Pulalu Pinang di Pengkalan Raja Tun Uda, hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang mungkin mempunyai laluan baharu yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai bagi meningkatkan ketercapaian jaringan sistem pengangkutan awam di negeri ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pada masa ini perkhidmatan feri baharu beroperasi dari dua buah terminal secara ulang-alik iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), George Town.

”Kita sedang melihat sama ada boleh diteroka laluan perkhidmatan feri dari Butterworth ke laluan yang lain, sekarang ini dari Butterworth ke PRTU, ia hanya satu laluan sahaja.

”Apa yang kita fahami ialah ramai yang bekerja umpamanya di Bayan Lepas, boleh atau tidak kita perkenalkan laluan dari Butterworth ke Bayan Lepas atau jeti-jeti yang berdekatan, itu yang sedang kita perhatikan sama ada sesuai atau tidak dari segi lokasi,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI