fbpx

3.5 juta orang hilang gelaran jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TETAMU sebuah hotel mewah menikmati makanan di sebuah restoran di tingkat 120 Menara Shanghai, China pada 23 Jun 2021. - AFP

ZURICH, Switzerland – Lebih 3.5 juta orang kehilangan status ‘jutawan dolar’ tahun lepas ekoran kejatuhan pertama nilai kekayaan global sejak krisis kewangan dunia berlaku pada 2008, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Bilangan individu dewasa yang mempunyai aset lebih AS$1 juta (RM4.64 juta) turun daripada 62.9 juta orang pada akhir 2021 kepada 59.4 juta pada penghujung 2022, demikian menurut laporan kekayaan tahunan yang dikeluarkan oleh bank dari Switzerland, UBS, kelmarin.

Menurut laporan tersebut, kekayaan global terkesan disebabkan kadar inflasi yang tinggi dan kejatuhan kebanyakan mata wang berbanding dolar AS.

Bilangan jutawan di AS paling banyak berkurang, iaitu sebanyak 1.8 juta orang menjadi 22.7 juta. Namun, masih terdapat lebih ramai jutawan di negara itu berbanding negara lain.

Sementara itu, bilangan jutawan di Jepun kini adalah 2.6 juta orang, merosot berbanding 3.2 juta, dan diikuti dengan Britain yang memiliki 2.6 juta jutawan selepas kehilangan seramai 440,000 orang.

Laporan yang sama turut mendapati bilangan individu yang mempunyai kekayaan lebih AS$50 juta (RM231.97 juta) berkurang sebanyak 22,500 menjadi 243,000 orang.

Dalam pada itu, satu kajian berasingan bagi indeks bilionair Bloomberg mendapati kelompok 500 orang terkaya dunia turut kehilangan jumlah kekayaan yang digabungkan bernilai AS$1.4 trilion (RM6.50 trilion) pada 2022.

Manusia terkaya di dunia, Elon Musk turut rugi sebanyak AS$138 bilion (RM640.25 bilion) pada 2022, tahun di mana beliau menyelesaikan pengambilalihan platform Twitter yang bernilai AS$44 bilion (RM204.14 bilion).

Purata kekayaan bagi setiap orang dewasa pula turun sebanyak AS$3,200 (RM14,846) kepada AS$84,718 (RM393,049). 

“Hasil kajian ini menunjukkan berlakunya gangguan  dalam pengembangan kekayaan isi rumah yang sebelum ini meningkat pada abad ini,” kata UBS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI