fbpx

Mayat lelaki bersama motosikal dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki ditemui bersama motosikal dalam longkang di tepi Jalan Pajam-Nilai-Salak berdekatan Taman Semarak, Nilai di sini petang tadi.

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki ditemui bersama motosikal dalam longkang di tepi Jalan Pajam-Nilai-Salak berdekatan Taman Semarak, Nilai di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihak Balai Polis Nilai telah menerima makkumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 2.13 petang.

“Maklumat kejadian telah dijadikan sebagai laporan polis untuk memulakan siasatan.

“Siasatan awal mendapati mayat adalah seorang lelaki berumur 27 tahun dalam keadaan tertiarap di dalam longkang bersama sebuah motosikal jenis Yamaha SRE-K di mana mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Abdul Malik berkata, semakan lanjut mendapati terdapat dua laporan polis telah diterima berkaitan kes penemuan mayat tersebut.

“Pada 13 Ogos lalu (Ahad), satu laporan polis berkaitan oang hilang telah dibuat oleh isteri mangsa dan satu lagi laporan polis oleh pemilik motosikal yang merupakan majikan kepada mangsa sama.

“Siasatan pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada sebarang penemuan unsur-unsur jenayah berkaitan penemuan mayat setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, sebarang maklumat orang awam boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu IPD Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI