fbpx

Sifir apa Muhyiddin pakai? – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (kiri) dan Muhyiddin.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.

Beliau berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Muhyiddin masih tidak mengetuai mana-mana negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) berakhir baru-baru ini.

Kerajaan Perpaduan terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini mentadbir 10 daripada 14 negeri dan memiliki seramai 148 Ahli Parlimen.

“14 negeri di Malaysia. Selepas PRN seri 3-3, jumlah PH/BN/GPS/Sabah adalah 10 negeri dan PN pula empat. Bersatu tidak ketuai satu pun negeri, tiba-tiba Presiden Bersatu minta PM dan TPM letak jawatan dan Kerajaan Perpaduan tetap 148 kerusi. Sifir apa dia pakai?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, imej Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO dicalar kerana kes mahkamah yang dimulakan era Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018/2019.

Kata beliau, sebanyak 40 kes dihadapi Ahmad Zahid bagaimanapun sudah bebas dan lepas kerana mahkamah mendapati tiga saksi utama tidak boleh dipercayai.

“Ahli UMNO perlu bersabar kerana kebenaran akan terjelma dalam mahkamah yang adil. Kita bersama mendoakan beliau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI