fbpx
Wan Noor Badri (kiri) dan Firdaus menunjukkan kediaman pasangan yang dipercayai mendera kanak-kanak berusia tujuh tahun di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang semalam.

Perangai pelik pasangan sering marah bongkar kes dera budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Beberapa jiran di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini memberitahu, penderitaan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didera ibu dan rakan tomboynya hanya terbongkar selepas mereka menyerbu rumah mangsa.

Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata, dia dan isterinya mengesyaki kanak-kanak itu didera hampir setiap hari dan paling kerap sejak dua minggu kebelakangan ini.

Katanya, beberapa jiran kemudian bertindak menyerbu rumah itu selepas tidak tahan dan sangsi dengan tingkah laku keluarga tersebut.

“Pasangan itu baru berpindah April lalu. Pada mulanya kelihatan seperti keluarga biasa cuma mangsa tidak dibenarkan bermain di luar rumah sebaliknya di tempat letak kereta sahaja.

“Akhir Jun lalu, mangsa terlepas bermain hingga ke luar kawasan perumahan menyebabkan pasangan itu marah. Selepas itu, mangsa lebih kerap dimarahi,” katanya ketika ditemui.

Menurut Wan Noor Badri, bermula saat itu jiran mula sangsi sebelum mengambil keputusan untuk menyerbu rumah itu pada malam Jumaat lalu.

Tambahnya, segalanya terbongkar apabila mangsa sebenarnya telah didera dan rahsia di suami yang merupakan tomboi turut diketahui.

JKM sedang mencari waris atau individu yang layak untuk menjaga kanak-kanak lelaki 7 tahun yang menjadi mangsa dera ibu kandung dan teman ibunya di Pasir Gudang, Johor.

Seorang lagi jiran, Firdaus Abu Hassan, 30, berkata, dia tak sangka perkara sedemikian berlaku di kawasan kediaman mereka.

“Ketika kediaman itu diserbu, kami dapat lihat beberapa kesan luka di tubuh badan mangsa se­perti luka pada kaki, tangan serta belakang badan.

“Selama ini, semua penduduk mempunyai hubungan yang ak­rab, jadi memang tak sangka ada kes seperti ini berlaku. Cuma kami bersyukur kerana dapat bantu selamatkan kanak-kanak itu daripada terus menjadi mang­sa penderaan,” ujarnya.

Berita berkaitan: Ibu kandung, ‘tomboy’ dera kanak-kanak 7 tahun direman

Kelmarin, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Beliau dilaporkan berkata, ibu suspek yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan tomboi pula berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.

Polis turut merampas dua batang rotan bagi membantu siasatan, manakala semakan rekod mendapat kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang ke­salahan lampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN