fbpx

Orlando Bloom ketagih filem lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Orlando Bloom akui pernah mengalami ketagihan menonton filem pornografi.

PELAKON Orlando Bloom mendedahkan pernah mengalami ketagihan menonton filem lucah (pornografi) sewaktu remaja. Lebih teruk, ketagihan tersebut telah mengganggu kehidupannya.

Menerusi wawancara bersama Sunday Times, pelakon berusia 46 tahun itu mengakui mula menonton filem lucah seawal usia 15 tahun dan mula menjadi ketagih sehingga merosakkan kehidupannya.

“Saya pernah mengalami ketagihan untuk menonton filem lucah pada usia remaja.

“Kesan daripada ketagihan itu telah membuatkan kehidupan saya rosak,” ujarnya.

Bagaimanapun, kekasih kepada penyanyi Katy Perry itu berpendapat, menonton filem lucah adalah satu perihal biasa, terutama dalam kalangan remaja.

“Tiada remaja di dunia ini yang tidak menonton filem lucah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI