fbpx

PRN: Pusat mengundi DUN Sungai Tua lengang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di pusat mengundi di SJK(C) Selayang Baru.

SELAYANG – Suasana hari pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menyaksikan keadaan yang agak lengang apabila jumlah pengundi yang hadir sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, keadaan di pusat pengundian di SJK(C) Selayang Baru yang dibuka bermula pukul 8 pagi tadi berlangsung dalam suasana yang amat baik dan proses pengundian lancar dengan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, calon DUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau menyeru agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Melihat kepada tinjauan suasana ketika ini, cukup berbeza berbanding dengan prestasi atau kadar keluar mengundi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ataupun PRN sebelum ini iaitu sangat-sangat kurang.

“Ada beberapa saluran saya lihat kosong tiada yang berbaris,” katanya ketika ditemui pemberita selepasa mengundi di sini hari ini.

Zaidy bersama isterinya hadir untuk mengundi di SJK(C) Selayang Baru hari ini.

Ditanya mengenai keyakinan beliau dalam PRN kali ini, Zaidy berkata pihaknya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sepanjang kempen dijalankan.

“Berdasarkan kepada kempen, Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan tetapi apa yang penting adalah apa yang pengundi terjemahkan pada kertas undi.

“Jumlah pengundi yang kurang boleh memberi kesan kepada semua parti, oleh itu saya menyeru semua keluarlah mengundi tunaikan kewajipan,” ujarnya.

Terdahulu, Zaidy tiba di pusat mengundi SJK(C) Selayang Baru bersama isteri, Kasmawati Haron. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI