fbpx

Kamera trafik jana saman RM5 juta meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamera itu dipasang di utara Itali. - Newsflash

ROM, Itali – Sebuah kamera yang dipercayai telah merekodkan saman bernilai €1juta (RM5.03 juta) dalam tempoh lebih sebulan dilaporkan meletup secara misteri di Itali, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kamera perangkap kelajuan itu menimbulkan kemarahan pemandu di Cadoneghe, wilayah Padua selepas mereka melanggar had laju 50 kilometer sejam di bandar itu.

Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran jalan pada mulanya meminta kamera itu dipasang kerana pemandu di kawasan itu melanggar had laju sepanjang masa.

Namun, selepas kamera itu mengesan lebih 24,000 kesalahan jalan raya dalam masa lebih sebulan, polis berdepan protes daripada orang ramai yang meminta ia diturunkan.

Peranti itu mula beroperasi pada 26 Jun lalu dan Majlis Perbandaran  Cadoneghe telah mengenakan banyak saman sejak itu, sehinggalah penduduk tempatan mendengar letupan awal minggu ini.

Datuk Bandar Cadoneghe, Marco Schiesaro mengecam letupan itu dengan berkata: “Ini adalah tindakan yang memalukan. 

“Mereka tidak akan melemahkan kawalan saya walaupun satu milimeter. Kamera ini akan diganti dan kami akan meneruskan kawalan had laju di jalan raya.

“Saya percaya sepenuhnya kepada polis untuk mengenal pasti pelaku dan saya harap dia akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI