fbpx

JPA belum tetap peratus kenaikan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkapli menunjukkan statistik cadangan diterima JPA menerusi Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum menetapkan sebarang peratus kenaikan gaji sesuai bagi 1.58 juta penjawat awam menerusi Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan dilaksanakan kelak.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkaplli Mohamed berkata, cadangan peratusan kenaikan gaji itu perlu mengambil kira prestasi semasa ekonomi negara.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan peratusan itu kemudian, sebelum diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk diperhalusi dan dipersetujui.

“Setakat ini, kita belum ada ‘number’ (peratus kenaikan) itu. Jika ekonomi baik dan Jemaah Menteri setuju, barulah kita bagi sedikit pandangan.

“Kita takkan beri (cadangan kenaikan) pada kadar yang boleh menjejaskan keupayaan kerajaan untuk membayar gaji kepada penjawat awam.

“Malah, kita juga mahu elakkan kenaikan harga barangan yang tinggi di pasaran apabila gaji itu dinaikkan kelak,” katanya pada sidang akhbar mengenai Kajian Sistem SSPA, di sini hari ini.

Katanya, Kajian Sistem SSPA itu digerakkan menerusi tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa Teknikal Kajian SSPA dan Jawatankuasa Kerja Kajian SSPA yang diketuai beberapa ketua setiausaha kementerian.

Zulkapli berkata, kajian SSPA ini dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI