fbpx

Barbie diharamkan di Kuwait, Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Barbie yang kini mencatatkan kutipan box-office diharamkan di Kuwait dan Lebanon. - Foto Warner Bros

BANDAR RAYA KUWAIT – Filem komedi ‘box office’ Hollywood, Barbie yang mengisahkan tentang anak patung diharamkan daripada tayangan di Kuwait kerana isu etika awam kata beberapa pegawai.

Mereka juga mengesahkan larangan berasingan terhadap filem seram, Talk To Me yang menampilkan seorang pelakon transgender.

Filem Barbie dan Talk to Me didapati menyebarkan idea dan kepercayaan asing kepada masyarakat dan ketenteraman awam Kuwait, kata Ketua Jawatankuasa Penapisan Pawagam Kuwait, Lafy Al-Subei’e kepada agensi berita rasmi KUNA.

Negara-negara Teluk termasuk Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi yang kesemuanya mengharamkan homoseks secara rutin menapis filem yang mengandungi rujukan tentang golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Bagaimanapun, filem Barbie yang mencatat kutipan tiket lebih AS$1 bilion (RM4.59 bilion) di seluruh dunia sedang ditayangkan di Arab Saudi, UAE dan Bahrain. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI