fbpx

[VIDEO] Penumpang teruja lihat David Foster, rakan selebriti buat persembahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh syarikat penerbangan itu di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Penumpang sebuah syarikat penerbangan semalam, dikejutkan dengan kehadiran dan persembahan pendek oleh beberapa penyanyi dan komposer antarabangsa antaranya adalah David Foster.

Menerusi rakaman video oleh @seminitlebih di Twitter, kelihatan David Foster pada mulanya menzahirkan penghargaan kepada syarikat penerbangan berkenaan sebelum meminta selebriti yang ada untuk menyanyikan lagu pendek.

Antaranya adalah Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Dapat dengar mini konsert menerusi interkom ketika sedang terbang pada ketinggian 30,000 kaki di udara,” tulis pengguna itu.

Sehingga kini ciapan tersebut mendapat 2,017 ulang ciap dan 3,777 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang memuji selebriti-selebriti berkenaan yang mesra dan tidak kekok dalam membuat persembahan pendek kepada penumpang.

“Wah ini lagi ‘business class’ dari ‘business class’ ni,” komen Cenaa.

“Bertuahnya penumpang yang naik ni. Tidak perlu tiket, walaupun bukan lagu penuh tapi tetap percuma sahaja. Sedapnya suara masing-masing,” komen seorang pengguna yang lain pula.

Konsert Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023 di Mega Star Arena berlangsung pada 7 Ogos lalu berdurasi sekitar dua jam.

Rangkaian katalog lagu popular yang dipersembahkan adalah seperti When a Man Love a Woman, Beauty and the Beast, A Whole New World dan I Swear. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI