fbpx

Pelajar boleh terus ke sekolah tanpa pakaian seragam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) ketika melawat gerai pameran di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, Nibong Tebal, hari ini. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar untuk terus hadir ke sekolah tanpa memakai pakaian seragam biarpun cuaca di seluruh negara kini semakin baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tolak ansur itu memudahkan anak-anak untuk ke sekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya.

Katanya dalam nada berseloroh, anak-anak boleh terus menghadiri sesi persekolahan asalkan berpakaian lengkap.

“Pergi saja ke sekolah, apa yang paling penting, pakai baju (berpakaian kemas),” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah kementerian akan mengimplementasikan semula pakaian seragam di sekolah susulan cuaca yang semakin baik.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Seramai 700 pelajar lepas menengah menghadiri program yang memupuk karekter bangsa Malaysia berteraskan patriotisme, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

Pada 3 Mei lalu, KPM membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas.

Kebenaran khas itu bertujuan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI