fbpx

Kris Dayanti nafi menyanyi guna ‘mic’ mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS DAYANTI

PENYANYI tersohor Kris Dayanti menangkis dakwaan dia menggunakan mikrofon mahal pada sebuah acara muzik, Konsert Semesta yang berlangsung Sabtu lalu.

Penyanyi lagu Mencintaimu itu berkata, dia lebih selesa menggunakan mikrofon biasa di pasaran yang sering digunakan penyanyi lain.

“Tiada yang istimewa, hanya mikrofon biasa sahaja. Mikrofon yang saya biasa guna seperti penyanyi-penyanyi lain guna juga,” ujarnya.

Bagaimanapun, Kris Dayanti enggan mendedahkan harga mikrofon tersebut ketika ditanya media.

Penyanyi itu juga memberitahu dia menyediakan tiga buah mikrofon ketika persembahan sebagai persediaan.

“Saya sediakan tiga mikrofon, satu untuk alasan teknikal dan satu sekadar persediaan jika berlaku kerosakan atau hal tidak diingini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI