fbpx

[VIDEO] Kucing ‘Oyen’ tarik perhatian duduk atas serban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat kucing Oyen dan pemiliknya yang tular di laman TikTok.

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki bersama kucing peliharaannya digelar ‘Oyen’ menarik perhatian orang ramai pada Ekspo Oh My Meow bertempat di Pusat Beli-belah Mid Valley, Ahad lalu.

Menerusi video tular di TikTok, haiwan itu kelihatan sangat manja dan selesa duduk atas serban pemiliknya ketika dibawa bersiar-siar mengelilingi ekspo berkenaan.

“Amboi tuan haji, ‘steady’ bawa kucing Oyen atas kepala. Tuan haji pun pakai serban dan berkain pelekat sahaja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna yang tertanya-tanya empunya diri ‘Tuan haji’ dan bagaimana dia boleh melatih kucing peliharaannya berkelakuan baik sebegitu.

“Kucing lain semua kena duduk dalam ‘stroller’, Oyen ni selamba sahaja duduk atas serban atuk,” kata Aii.

“Orang yang cuba usap kucing ni jaga-jaga, takut ‘terusap’ kepala atuk pula nanti,” kata Norly.

“Hari ini, dah lebih 10 video TikTok saya berkenaan Oyen. Sampai sekarang tak dapat kenal pasti siapa pemiliknya,” kata Zain.

Menurut video sama, pengguna tersebut masih lagi mencari tuan Oyen tersebut. Namun, pemiliknya masih belum diketahui sehingga hari ini.

Video tersebut menerima sebanyak 7,497 tanda suka dan 225 komen. – KOSMO! ONLINE

@kucingen Catatouille 🤌🏻 Steady Tok Aji pakai kain pelikat serban je wey. Seb bek dak oyen kecikk. Masih mencari siapakah gerangan dak oyen & atok nyee💯😍 #catexpo #ohmymeowexpo2023 #catsoftiktok ♬ Le Festin (From “Ratatouille”) – Movie Sounds Unlimited

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI