fbpx

Lebih 1,200 pengusaha judi online diberkas di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (kanan) pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Pertama DUN Perlis, di Kangar hari ini.

KANGAR – Perlis mencatatkan sebanyak 1,247 tangkapan ke atas pengusaha judi atau loteri secara dalam talian sejak 2018 hingga Jun tahun ini hasil laporan dan aduan awam.

Menteri Besarnya, Mohd. Shukri Ramli berkata, jumlah tangkapan itu merangkumi 201 kes pada tahun 2018; 240 kes (2019); 160 kes (2020) dan paling tinggi pada tahun 2021 iaitu 315 kes.

“Pada tahun 2022, sebanyak 170 kes telah dicatatkan dan sehingga Jun tahun ini, 161 tangkapan dilakukan pihak berkuasa di negeri ini.

“Kesemua tangkapan itu diambil tindakan perundangan dan dituduh di mahkamah kerana menjalankan aktiviti tersebut selain tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Ridzuan Hashim (Pas-Tambun Tulang) mengenai jumlah penguatkuasaan terhadap aktiviti loteri dalam talian di negeri ini pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI