fbpx

Kerajaan Pas Kelantan kerajaan gagal – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bertemu dengan orang ramai di Jelajah Perpaduan Madani Negeri Kelantan malam tadi.

PETALING JAYA – “Siapa kata rakyat Kelantan tak mahu perubahan?,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, Jelajah Perpaduan Madani Negeri Kelantan di Tanah Merah dan Kota Bharu malam tadi mendapat sambutan luar biasa kira-kira 10,000 rakyat Kelantan.

Kata beliau, rakyat Kelantan kini sedar kerajaan negeri yang telah mentadbir selama 33 tahun ternyata gagal dan tidak mempunyai tekad kuat untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu Kelantan selama ini.

“Undilah calon BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kejayaan kita menerajui kepimpinan di Putrajaya telah terbukti.

“Kini masanya untuk kita pilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan Persekutuan agar usaha membangunkan negeri Kelantan dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, manifesto utama BN dan PH setelah memperoleh mandat adalah menangani masalah air serta menghapuskan tunggakkan bil air kerana bil air yang dikenakan di Kelantan tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya diterima oleh rakyat.

“Ini bukan cakap-cakap kosong demi meraih undi semata-mata, tetapi berlandaskan keyakinan dan semangat perpaduan untuk kehidupan rakyat lebih baik dan sejahtera di negeri Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI