fbpx

Pilih polis sebab mahu berkhidmat pada masyarakat – Inspektor Sheila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inspektor Sheila ketika ditemui media di Mahkamah Selayang hari ini. - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI / KOSMO!

SELAYANG – Inspektor Sheila memberitahu dia tetap memilih sebagai anggota polis, meskipun layak dan boleh bekerja dalam bidang lain di luar negara.

Inspektor Sheila atau nama S. Sheila Sharon, 35, berkata dia memilih badan beruniform itu kerana mahu berkhidmat untuk masyarakat.

“Jika dengan izin tuhan saya mahu kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman untuk membanteras kes jenayah,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menyifatkan dirinya sebagai tegas dalam soal kerja mengikut tunjuk ajar dan latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Apabila orang menilai saya daripada tayangan video, orang anggap saya perempuan dan kurang ajar, tetapi tidak. Apa yang berlaku orang tidak lihat lagi, tak kenal maka tak cinta.

“Ada juga yang mempertikaikan saya sekarang ini cakap ‘pusing-pusing’ tetapi saya ada bukti, cakap dengan bukti,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebuta kesnya di dua Mahkamah Majistret hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai statusnya dengan pempengaruh Iqbal Zulkefli, Sheila berkata, tidak pasti dengan perkara berkenaan, namun mengesahkan sedang mengenali rapat.

“Apabila saya mula mengenali Iqbal, dia mula memahami Sheila yang sebenarnya bukan seperti tanggapan orang lain. Itu sekarang ini dia lebih rapat dengan saya, kita mengenal sesama sendiri,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI