fbpx
Gambar hiasan

Suntik vaksin dahulu sebelum anak boleh bersekolah – Pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pihak sekolah dicadang­kan untuk mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang tidak mengambil suntikan imunisasi untuk anak-anak mereka sehingga menyebarkan penyakit kepada murid-murid lain.

Presiden Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, tindakan itu sebagai langkah bagi mengatasi isu membabitkan golongan antivaksin yang masih wujud di negara ini.

“Pihak lain juga boleh membantu mengatasi masalah ini. Sebagai contoh, jika pihak sekolah mendapati ada dalam kalangan muridnya yang tidak menerima suntikan imunisasi dan menyebabkan pelajar lain dijangkiti, tindakan tegas perlu diambil.

“Pihak sekolah perlu memastikan ibu bapa murid berkenaan membawa anak mereka ke hospital bagi mendapatkan imunisasi ataupun vaksinasi sewajarnya sebelum dibenarkan meneruskan sesi persekolahan,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Dr. Zainal Ariffin memberi­tahu, ibu bapa yang sengaja mengabaikan kanak-kanak se­perti menafikan hak mereka untuk mendapatkan suntikan imunisasi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, ujarnya, biarpun akta tersebut wujud, pihak berkuasa masih mengambil pendekatan untuk menasihati ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka menerima suntikan imunisasi.

“Mereka bukan sahaja tidak percaya perubatan moden, bahkan sanggup pergi berubat dengan bomoh bagi mengubati pe­nyakit sebagai alternatif kepada rawatan di hospital.

“Biarpun ada kes yang mana ia membantu mengatasi pe­nyakit itu, namun jumlahnya sangat ke­cil berbanding kemudaratan yang lebih banyak berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, golongan antivaksin atau tidak mempercayai perubatan moden berkemungkinan terpengaruh dengan maklumat palsu atu iklan-iklan produk kesihatan kononnya mampu mengubati penyakit tertentu.

“Ini kerana biarpun pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi mengatasi isu tersebut, masih wujud golongan sedemikian di negara ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN