fbpx

Operasi penuh HPUniSZA Jun tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kiri) melihat peralatan kesihatan yang terdapat di HPUniSZA, Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) bakal beroperasi penuh pada suku kedua, tahun hadapan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, sebelum ini HPUniSZA dibuka secara berfasa kepada pesakit luar, sejak awal bulan ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 312 pesakit telah direkodkan dalam tiga hari pertama selain tujuh kes pesakit kanak-kanak bagi rawatan kardiologi atau pediatrik yang dirujuk dari hospital kerajaan.

“HPUniSZA telah dibuka kepada orang awam bagi rawatan pakar secara berperingkat dan beroperasi sepenuhnya dijangka bermula sebaik menerima baki kelengkapan serta peralatan pada suku kedua tahun depan.

“Saya percaya penubuhan HPUniSZA akan membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu,” katanya, selepas merasmikan pengoperasian perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar HPUniSZA, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pengoperasian itu merupakan fasa pertama pembukaan HPUniSZA manakala tiga fasa lagi termasuk perkhidmatan pembedahan, kecemasan dan trauma akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata, antara perkhidmatan yang telah dibuka kepada pesakit luar sejak 1 Ogos lalu adalah klinik ortopedik, oftalmologi (mata), pediatrik dan psikiatri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI