fbpx

KKD bincang dengan telco tawar pakej internet murah kepada media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika berucap pada Program Merdeka @Komuniti Dun Dengkil dan Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan di Dengkil, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi (telco) esok bagi menawarkan pakej internet lebih murah kepada petugas media di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau memberi jaminan akan membawa perkara itu esok ketika perbincangan dengan syarikat telco.

“Saya akan cuba bincang dengan pihak telco esok. Perbincangan itu pagi esok dan kita tunggu keputusan.

“Saya akan bangkitkan perkara ini dan sama ada esok mereka setuju atau tidak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Katanya, pengumuman mengenai pengurangan harga bagi pakej internet ini sudah dibuat secara berkala sejak bulan Mac lalu.

Fahmi berkata, beliau percaya usaha dilakukan KKD dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membolehkan banyak lagi inisiatif pengurangan pakej internet diumumkan sama ada untuk pengguna dan media. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI