fbpx

10 tahun hidu air najis tepi longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA menunjukkan air kumbahan memenuhi longkang apabila tidak masuk ke tangki kumbahan akibat tersumbat di Taman Ibol Jaya, Pulau Tawar, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Terpaksa menghidu bau busuk dan hanyir hampir setiap hari sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Itu yang dialami kira-kira 500 penduduk Taman Ibol Jaya di Pulau Tawar di sini akibat masalah longkang tersumbat dan masalah sistem kumbahan sehingga menjejaskan kehidupan harian mereka.

Malah penduduk yang tinggal di kira-kira 100 buah rumah berkenaan terpaksa menghidu bau busuk yang semakin kuat setiap kali hujan susulan air kotor bertakung di dalam longkang melimpah sehingga ke kawasan rumah mereka.

Keadaan itu berlaku disebabkan sistem pembetungan tidak diselenggara dengan sempurna sehingga menyebabkan air kumbahan yang berbau busuk me­ngalir ke tempat lain malah ada air busuk yang keluar dari dalam tanah.

Seorang penduduk, Ahmad Marhaini, 57, berkata, mereka sudah tidak tahan lagi menghidu air kumbahan yang sangat busuk sama ada ketika berada di dalam dan luar rumah.

“Saya pun berasa pelik kenapa sistem perparitan tidak di­selenggara dengan sempurna oleh pihak berwajib sejak kami duduk di taman ini 13 tahun lalu.

“Suasana kawasan perparitan yang berbau busuk dan air kotor keluar dari dalam tanah juga mengundang banyak serangga seperti lalat, langau dan haiwan berbisa jadikan kami turut berhadapan risiko kesihatan dan keselamatan,” katanya semalam.

Seorang lagi penduduk, Zakaria Yazin, 56, berkata, air kumbahan yang tidak dapat mengalir keluar ke longkang besar dan melimpah ke jalan menyebabkan bau yang busuk dan keadaan persekitaran yang kotor.

Malah katanya setiap kali hujan lebat ada antara rumah penduduk dimasuki air kumbahan yang melimpah bersama air hujan menyebabkan keadaan kotor dan busuk yang sukar dibersihkan.

Sementara itu, wakil Menteri Besar Pahang, Haris Salleh Hamzah yang melawat kawasan berkenaan berkata, dia akan memanjangkan isu penduduk itu kepada pihak berkuasa terbabit dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI