fbpx

Bantuan, subsidi diteruskan biarpun Dasar Gaji Progresif dilaksana kelak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi berucap pada Majlis Pelancaran Penerbitan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 di Putrajaya hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan masih perlu melaksanakan program agihan bantuan dan subsidi kepada rakyat walaupun Dasar Gaji Progresif berjaya dilaksanakan kelak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dasar gaji itu dilaksanakan bertujuan membawa perubahan holistik kepada seluruh masyarakat dan ia tidak bermakna orang miskin akan terus dipinggirkan.

“Apabila gaji dinaikkan, tidak bermakna tiada orang lagi untuk dibantu oleh kerajaan. Masih ada lagi orang di bawah paras kemiskinan perlu dibantu cuma kita mahu kurangkan golongan itu.

“Selepas itu, barulah kita boleh sasarkan subsidi dan bantuan kerajaan dengan lebih baik dan lebih tepat kepada orang yang memerlukan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 di sini hari ini.

Katanya, jika kerajaan mahu melaksanakan subsidi bersasar, perkara utama yang perlu diselesaikan dahulu adalah soal gaji rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI