fbpx

474 produk, teknologi dan perkhidmatan MCY dikomersialkan sejak 2016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang berucap pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion.-Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 474 produk, teknologi dan perkhidmatan di bawah program Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) telah berjaya dikomersialkan sepanjang tahun 2016 hingga 2022 di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang berkata, nilai hasil pengkomersialan itu memperolehi hasil melebihi RM540 juta.

Katanya, penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai yang diterajui oleh kementerian itu telah berjaya menjana pulangan pelaburan dan perniagaan bernilai lebih daripada RM9 bilion.

“MCY merupakan platform bagi mengiktiraf usahawan teknologi tempatan di atas kejayaan mereka mengkomersialkan produk hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Mosti bersama agensi-agensinya giat menjalankan pelbagai padanan fasilitasi dan intervensi termasuk pendanaan, validasi pasaran, pendigitalan, pengujian dan pensijilan produk serta akses kepada pasaran tempatan mahupun antarabangsa melalui kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu katanya, Mosti melalui inisiatif Malaysia Grand Challenge (MGC) telah menawarkan lima skim utama pembiayaan untuk memantapkan lagi ekosistem R&D&I dalam negara bagi mencapai sasaran sumbangan 3.5 peratus Gross Domestic Expenditure on R&D (GERD) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI