fbpx

Pemuda campak anak saudara alami gangguan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian suspek mencampak dua anak saudaranya di Flat Nusantara, Sungai Pinang, petang kelmarin. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis menahan reman pemuda yang bertindak mencampakkan dua anak saudaranya berusia 40 hari dan tiga tahun dalam kejadian di sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penahanan ke atas suspek dilakukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ketika sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, bagaimanapun, suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 28 tahun kini ditahan di hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HPP. Semasa kejadian, suspek dalam keadaan tidak berpakaian dan cedera pada pergelangan tangan kiri akibat dikelar olehnya sendiri.

“Menurut ahli keluarga suspek mengalami gangguan mental sejak sebulan yang lalu,” katanya di sini petang ini.

Soffian memberitahu, tempoh tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari sehingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan patah kaki kiri dan cedera pada mulut akibat dicampak suspek dari tingkat satu koridor rumah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, adik kanak-kanak perempuan itu berusia 40 hari turut dihempas ke lantai rumah dan dilaporkan mengalami pendarahan otak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI