fbpx

Pecah cermin kereta jiran sebab kerap buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Gara-gara tidak puas hati penghuni di atas rumahnya kerap membuat bising, seorang pengawal keselamatan ditahan kerana memecahkan cermin kereta milik jirannya di Jalan Pandan Indah 1/23B, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 51 yang mendakwa keretanya dilakukan khianat, Sabtu lalu.

Katanya, ketika mangsa ingin menggunakan kereta yang diletakkan di, Jalan Pandan Indah 1/23B, dia mendapati cermin bahagian belakang kenderaanya mengalami keretakan dan berlubang.

“Ekoran itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di lokasi kejadian kerana disyaki terlibat dalam kes yang disiasat.

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang juga pekerja pengawal keselamatan menuduh mangsa membuat bising di rumah atas lalu menyebabkan dirinya yang tinggal di tingkat bawah tidak selesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azam, semakan mendapati suspek tidak berada dibawah pengaruh dadah dan tiada rekod jenayah.

“Suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan mendatangkan khianat atas harta benda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI